
Sulit
4 tahun
Gigi sengal/ngilu 2 batang di bahagian hadapan sebelah bawah
Saya mempunyai masalah gigi sengal pada gigi bahagian bawah terletak di hadapan sekali gigi tersebut. Saya mendapati akemungkinan gigi sengal ini berkaitan dengan pertumbuhan gigi bongsu. Saya ingin tanya doktor adakah gigi sengal MOberkaitan dengan pertumbuhan gigi bongsu?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Akan tetapi, untuk makluman pihak anda, platform ini hanya membincangkan masalah kesihatan perubatan. Bagi masalah gigi dan gusi, ianya adalah bidang yang berbeza dari kami.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor gigi.
Bagi masalah kesihatan perubatan, anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.