
Sulit
4 tahun
Gigi Tampalan tercabut
Hi, saya pernah membuat tampalan gigi pada gigi hadapan, 14 tahun yang lalu. Kemudian, tampalan serpihan tersebut tercabut. Adakah terdapat cecair atau ubat bagi menampal kembali serpihan tersebut, atau saya perlu buat tampalan yang baru ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu gigi tampalan yang tercabut. Untuk makluman anda, tampalan gigi yang tercabut perlu dirawat dengan sempurna oleh doktor gigi. Cadangan cecair atau ubat akan diberikan oleh doktor gigi setelah pemeriksaan teliti dilakukan. Lazimnya perkhidmatan tampalan gigi pada waktu pkp di klinik kerajaan bergantung pada tempat dan kawasan. Oleh itu anda boleh menghubungi mereka dalam waktu yang terdekat. Selain itu, anda juga boleh cuba mendapatkan perkhidmatan yang sama di klinik gigi swasta.
Pastikan kebersihan dan kesihatan mulut anda sentiasa terjaga. Klik disini untuk dapatkan bantuan.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan kepada doktor kami secara langsung diatas talian.