
Sulit
5 tahun
Good morning doctor saya nak tanya kalau kita sakit perut dari bawah pusat kenapa ye?
Cth:wanita dalam 20 lebih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan soalan anda, terdapat banyak punca kepada sakit perut bagi wanita seperti:
- Sembelit
- Masalah ovari seperti ovulasi, ovari terbelit, sindrom pra-menstruasi
- Radang apendiks
- Penyakit radang usus
- Masalah pundi kencing seperti batu karang, jangkitan kuman
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.