Sulit
3 tahun
Gout dan cara mengatasi masalah tersebut joka. Terjadi pada lelaki pada umur 65 tahun
Hi. Sy ingin bertanya tetntang masalah gout dan cara mengurangkan sakit. Abah sy selalu menahan sakit sampaikan meggeletar dan badan nya panas. Ap yg perlu sy lakukan? TQ
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, bagi mengetahui rawatan yang sesuai, maklumat lain mengenai status masalah gout ayah anda, sejarah kesihatan lain harus diketahui. Hal ini kerana ubat merubat masalah gout tidak boleh diberikan kepada pesakit buah pinggang, asma dan beberapa masalah kesihatan. Maka, kami memerlukan maklumat untuk membantu ayah anda mendapatkan rawatan yang bersesuaian. Oleh itu anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor kerana maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.