Sulit
3 tahun
Gout Di bahagian lutut
Abang Saya berumur 30 tahun Dan down sindrom. Baru Baru ini dia terlalu kerap kena gout. Selalu gout dia Di bahagian lutut tapi dah 2 Kali ni dia kena Di bahagian lutut. Adalah boleh Kita tuam dengan air panas bahagian Yang kena gout?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang gout.
Penyebab utama kenaikan tahap ‘uric acid’ ialah amalan pemakanan. Hal ini kerana terdapat beberapa jenis makanan yang sekiranya tidak dikawal boleh menyebabkan berlakunya penyakit gout ini. Diet yang kita amalkan haruslah berkhasiat dan jika boleh hindarkan dari memakan makanan jenis ini. Contoh makanan yang harus diawasi ialah makanan yang kaya dengan mineral ‘purine’ seperti ikan bilis, udang, organ haiwan, cendawan dan banyak lagi. ‘Purine’ inilah yang membawa kepada tercetusnya tahap uric acid yang tinggi.
Untuk makluman anda, tuaman dengan air panas tidak akan menyembuhkan kesakitan gout. Anda disarankan bawa abang anda untuk berjumpa doktor dan dapatkan rawatan yang sesuai agar kesakitan gout dapat diatasi.
Masih gusar dengan masalah gout? Dapatkan nasihat daripada pakar perubatan kami.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang abang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.