
zyniex5703
5 tahun
Gugur dan masa untuk melakukan hubungan intim
isteri sy baru sahaja keguguran dan berpantang 14hari…jd persoalan nya,sekiranya sy melakukan hubungan intim dgn nya selepas pantang 14 hari tersebut sebelum datang kembali haid nya,adakah dia mempunyai peluang untuk hamil kembali?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berkaitan dengan soalan anda, adalah penting untuk Encik berbincang dahulu dengan isteri kerana masalah keguguran bukan sahaja menjejaskan kesihatan fizikal malahan boleh meninggalkan impak yang besar kepada kesihatan emosi dan mental seorang wanita. Tambahan pula, berdasarkan umur kehamilan semasa insiden keguguran, encik mungkin perlu tangguh rancangan tersebut sehingga 6 minggu untuk pemulihan organ wanita sepenuhnya.
Anda disarankan untuk mengikuti rawatan susulan untuk memastikan kesihatan fizikal yang sempurna si isteri sebelum menjalinkan hubungan. Sesetengah doktor juga mencadangkan supaya menunggu sehingga kitaran haid seterusnya untuk bersetubuh.
Jika nasihat tidak diambil berat, isteri encik mungkin mengalami komplikasi berdarah berlebihan jika anda terus menjalinkan hubungan sebelum fisiologi tubuh badan beliau pulih sepenuhnya.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.