
Sulit
5 tahun
Gusi bengkak dan benjolan
Doc sy nak ty, gusi sy ada benjolan keras. Tp tidak menyakitkan…apa punca ini terjadi…adakah disebabkan alahan pd ubat drah tnggi…benjolan ini muncul selepas 2bln sy mkn ubat drah tnggi

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, terdapat ubat darah tinggi dari kumpulan calcium chanel blocker seperti amlodipine yang boleh menyebabkan kondisi yang dipanggil gingival hypertrophy. Selain itu, masalah gusi bengkak ini juga boleh disebabkan oleh:
Tidak menjaga kebersihan mulut
Penggunaan pendakap gigi.
Telalu banyak mengambil makanan yang bergula
Kekurangan vitamin C
Nanah dalam gigi, gusi ataupun tulang yang memegang gigi
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.