Anonymous
6 tahun
Gusi dan rahang bengkak bernanah
Hi doktor. Saya berusia 26tahun. Dah hampir 2 minggu gusi belah kanan saya bengkak dan nanah sampai ke rahang. Apakah ini di panggil beguk? Saya ada sapu nila dan cuka tetapi bengkak makin membesar. Saya beli ubat postan dan kurang bengkak di farmasi untuk kurangkn sakit. Tapi tetap sama. Jika saya pergi ke dentist swasta agak2 berapa modal saya nak kena siapkan sebab saya bukan orang senang. Dentist kerajaan ada waktu dan hari tertentu sahaja buka. Tq doktor
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan kenyataan anda di atas, anda berkemungkinan besar telah menghidap penyakit gusi atau gingivitis. Penyakit gusi merupakan sejenis keradangan pada gusi. Penyakit gusi biasanya disebabkan oleh infeksi gigi yang berlubang. Antara tanda-tanda penyakit gusi adalah gusi bengkak, gusi berdarah terutamanya semasa memberus gigi, gusi yang sakit serta bau mulut yang busuk. Penyakit gusi boleh mendatangkan komplikasi seperti penyakit gusi kronik, periodontitis, nanah di bawah gigi, ulser, limfa yang bengkak serta risiko yang tinggi untuk gigi yang rosak.
Sebelum anda mengambil ubat tahan sakit adalah amat disarankan untuk anda merujuk hal ini dengan doktor gigi untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya dan kos rawatan adalah bergantung pada klinik masing masing dan punca penyakit tersebut.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih



























