Need Help?

Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Hai saya bimbang saya minum kopi dengan banyak

Dijawab oleh: Dr Ramzdhan

Dikemaskini pada: Mei 17, 2022 9:18 AM

Sulit 44 hari

Hai, Doktor. Sejak kebelakangan ini saya suka minum kopi. Saya minum dari 4 hingga 7 tin atau cawan dalam sehari. Saya faham bahawa ubat risperidone yang doktor psikiatri saya bagi kepada saya ini untuk merawat skizofrenia saya telah meningkatkan selera makan dan minum saya. Betul kan? Berapakah cawan yang sesuai untuk minum kopi dalam sehari? Apakah kesan sampingan minum kopi yang terlampau banyak ini? Patutkah saya bimbang akan kelakuan saya minum kopi yang terlampau banyak ini?

Dr Ramzdhan 44 hari
General Practitioner

Salam sejahtera,

Terima kasih atas soalan anda.

Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.

Untuk makluman anda, orang dewasa yang sihat tidak boleh mengambil lebih daripada 400 miligram (mg) kafein setiap hari. Itu sama dengan kira-kira empat cawan kopi yang dibancuh atau 10 tin cola.

Minum kopi berkafein dalam kuantiti yang banyak mungkin menyebabkan sakit kepala, kebimbangan, kegelisahan, telinga berdenging dan degupan jantung yang tidak teratur. Dos yang lebih besar mungkin menyebabkan sakit kepala, kebimbangan, kegelisahan dan sakit dada.

Anda boleh merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan dan pemeriksaan lanjut. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.

Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Dikemaskini pada: Tue May 17 2022 09:18:42 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Ujian dan vaksin COVID-19
Lihat semua perkhidmatan saringan coronavirus COVID-19 Malaysia. Ujian PCR/RTK di rumah, klinik, pandu lalu atau ke presmis anda.
Ujian COVID-19 Dari RM70 Vaksin COVID-19 Dari RM109
Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA Saringan Kesihatan Dari RM100
Ambil Ujian Darah
Lakukan ujian darah di rumah anda sekarang. Dapatkan keputusan dalam 2 hari.
Tempah Saringan Darah
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar tentang kesihatan am secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80