
azlizamohdhamal
4 tahun
Hai.. Saya liza.. Anak umur 6 tahun. Anak saya lebih kurang seminggu mengalami batuk.. Hatini beliau demam oanas.. Cek suhu dirumah 39 darjah celcius
Saya ibu kepada 4 orang anak… Anak saya nombor 3 mengalami batuk selama swminggu… Begitu juga adik dia yg no. 4 kakak dan abangnya… Tapi kakak dan abangnya sudah sembuh daripada batuk. Tinggal yang nombor 3 dan 4.sekarang anak yg nombor 3 mengalami demam panas. Cek suhu di rumah 39 darjah celcius. Tetapi anak yg lain tidak demam. Adakah anak saya nombor 3 menglaLami covid 19?

5 tahun
Salam sejahtera,
Saya faham tentang kebimbangan anda mengenai risiko jangkitan COVID-19. Menurut WHO, simptom-simptom yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 degree celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Untuk makluman anda, masalah demam dan batuk boleh disebabkan oleh pelbagai masalah kesihatan selain COViD-19. Antaranya:
- jangkitan virus ‘common flu’
- Tibi
- jangkitan paru-paru
- Asma
Walaubagaimanapun, kita masih belum boleh mengecualikan COVID-19. Sila nilai risiko rakan anda melalui kuiz berikut:
- Anak anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda dia akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
- Rujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM yang tersedia pada link ini (COVID-19 Portal)
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih