Sulit
6 tahun
Haid berlebihan, sakit pinggang
Doktor, saya berumur 45 tahun saya mengalami masalah sakit pinggang yang berlarutan…pinggang saya selalu sakit, bawah abdomen juga kadang² sakit… 2 tahun yg lepas pernah juga saya sakit bawah pinggang yg berdenyut² sehingga kesakitan terasa sampai kebahagian alat sulit saya. semenjak tahun lepas haid saya semakin banyak dari 2 minggu lebih hingga 3 minggu.ketulan haid yg keluar juga berbentuk seperti berakar…setiap 1 atau 2 jam saya mesti menukar pad wanita sebab penuh. semenjak pola haid saya berubah perut saya juga selalu rasa kembung dan selalu rasa kenyang.
saya juga menghadapi masalah lendir yang berlebihan dari kemaluan… kadang² rasa gatal yg amat sangat.bila jumpa pegawai perubatan mereka mengatakan semua tu sebab pra menopause.sekarang ni saya di sahkan menorrghia.saya cuma di beri rawatan makan ubat antibiotik ,ubat tambah darah & ubat ural. boleh kah doktor beritahu…apa sebenarnya masalah saya?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala haid berpanjangan beserta simptom seperti sakit pinggang yang anda alami boleh disebabkan:
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding - punca yang tidak diketahui
- Kanser rahim atau cerviks - faktor risiko adalah umur lebih 40 tahun, pendarahan yang tidak dapat dikawal dengan ubat serta sakit pinggang
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan seperti aspirin
Anda dinasihatkan untuk mendapatkan surat rujukan ke pakar bagi pemeriksaan lebih lanjut akan masalah yang anda alami bagi mengenalpasti punca sebenar penyakit yang anda alami. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian bagi mendapatkan nasihat atau diagnosis. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

































