surianiothman
7 tahun
Haid Berterusan tanpa henti
Saya berumur 38thn dan masih belum berkahwin. Saya mengalami masalah haid berterusan hampir 2 bulan, Apakah yg menyebabkan berlakunya masalah ini & apakah kaedah rawatan yg sesuai?
7 tahun
Hai, salam sejahtera. Terima kasih kerana bertanyakan soalan.
Masalah haid yang berterusan dalam jangka yang panjang dipanggil menorrhagia dalam perubatan. Keadaan darah haid yang keluar terlalu banyak juga dipanggil dengan istilah ini.
Terdapat banyak sebab menorrhagia boleh terjadi, antaranya adalah:
- PCOS (Polycystic Ovarian Syndrome) : Masalah ini menyebabkan ketidak seimbangan hormon estrogen dan progesterone, menyebabkan kitaran haid tidak teratur.
- Ketumbuhan Fibroid atau Polip di dalam rahim
- Masalah di dalam ovari : Ovari yang tidak mengeluarkan ovum menyebabkan ketidak seimbangan horman dan menyebabkan kitaran haid tidak teratur
- Penggunaan alat pencegah kehamilan di dalam rahim (IUCD)
- Masalah darah tidak boleh membeku
- Kanser rahim atau serviks
Oleh itu, anda perlu menjalani pemeriksaan lebih lanjut bagi mengenal pasti masalah ini. Pendarahan haid yang terlalu lama adalah tidak baik kerana boleh menyebabkan kesan negatif seperti anemia (kekurangan darah) kepada pesakit. Anda boleh klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor kami. Harap ini membantu.


























