
Sulit
3 tahun
Haid berturut turut sejak bulan 5
Selamat sejahtera, saya wanita berumur bawah 18 tahun dan sejak bulan 5 saya telah mengalami haid tidak berhenti. Kadang kadang haid keluar sikit dan kadang kadang haid keluar normal.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana bertanyakan masalah anda kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, anda mengalami masalah haid yang tidak berhenti sejak bulan 5. Kami memahami kebimbangan anda dan kami akan cuba untuk membantu anda.
Secara umum, pendarahan berpanjangan ini boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Tekanan ataupun stres
- Gaya hidup aktif
- Kesan sampingan ubat-ubatan seperti ibuprofen/aspirin yang mencairkan darah
Akan tetapi, gejala ini juga boleh berlaku akibat masalah kesihatan yang serius yang memerlukan pemerhatian lebih lanjut daripada doktor seperti:
- Masalah tiroid
- Kanser rahim atau serviks
- PCOS
- Masalah pembekuan darah
- Dysfunctional uterine bleeding - punca yang tidak diketahui dan kebanyakan wanita alami masalah ini
Justeru, anda amat disarankan untuk menghubungi doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Semoga jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.