Sulit

2 tahun

Haid darah hitam selama 2 hari

Assalamualaikum doktor… saya ingin bertanya… saya baru sahaja berkahwin pada 25/12/2021 dan ingin merancang untuk mendapatkan zuriat dalam masa terdekat…saya hairan dengan kitaran haid bulan ni… mengikut aplikasi hp sya kalendar menjangka sya period pada tanggal 10/03/2022 tetapi haid datang awal pada 08/03/2022. dan saya mendapati haid saya berwarna hitam…tetapi ia berlangsung cuma 2 hari sahaja… kebiasaannya sya akan period 5days-7days…dn period berwarna merah sprti biasa… bolehkah doktor bagi menerangkan berkaitan masalah yang sya hadapi ??? adakah saya hamil atau mengalami masalah kitaran haid ? tolong saya doktor…

Dr Ramzdhan,

2 tahun

Salam sejahtera,

Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.

Anda berasa bimbang tentang status kehamilan dan masalah kitaran haid. Saya mencadangkan untuk menjalani UPT terlebih dahulu untuk mengetahui status kehamilan dan memantau diri untuk simtom-simtom awal kehamilan jika ada. Jika didapati sebarang kekeliruan, sila pergi ke hospital untuk menjalani pengesahan atau merujuk kepada klinik kesihatan terdekat untuk booking (lawatan pertama untuk penjagaan antenatal) sekiranya perlu.

Anda juga menyatakan kerisauan anda tentang haid bulan ini yang rasa terlalu pendek dan kelihatan pelik. Untuk pengetahuan anda, kitaran haid yang normal terjadi setiap 28 atau paling lama 38 hari.

Berdasarkan keterangan yang diberikan, punca-punca umum haid tidak teratur mungkin disebabkan oleh stress, penggunaan pil perancang, dan masalah ovari atau rahim dan masalah kesihatan secara keseluruhan seperti bahagian tiroid selain sebab kehamilan. Tanpa pemeriksaan dan soal siasat yang terperinci, agak sukar untuk kami memberikan maklumat yang tepat kepada anda. Sekiranya gejala ini berlarutan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor anda mengenai perkara ini untuk mendapatkan siasatan kesihatan lebih lanjut bagi mengenal punca masalah anda, serta mendapatkan rawatan yang sesuai.

Anda juga boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.

Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan

AdobeStock_225866270

AdobeStock_15182024

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2)