Anonymous
6 tahun
Haid dua kali sebulan
Saya wanita berumur 25 tahun, saya baru datang haid 2 minggu lepas dan sekarang saya datang haid lagi, seminggu selepas haid pertama saya rasa mual, demam, batuk, cramp dan bisa di perut bawah pusat, pening dan pitam, selepas 2 minggu haid pertama saya batuk teruk, sakit perut yang kuat dan keluar darah, adakah itu normal atau saya mengalami penyakit lain, terima kasih doktor
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Punca-punca yang boleh menyebabkan kitaran haid yang tidak teratur adalah:
• Gangguan hormon
• Hamil
• Penyusuan badan
• Sindrom Polisistik Ovari atau PCOS
• Masalah kelenjar tiroid seperti hypothyroidism dan hyperthyroidism
• Prolactinoma iaitu sejenis tumbuhan otak yang merembeskan hormon prolaktin
Jika keadaan ini berlarutan dan keadaan anda menjadi semakin teruk saya cadangkan untuk anda merujuk perkara ini kepada doktor dengan segera untuk pemeriksaan dan rawatan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.



























