
sharilfikah
4 tahun
Haid hari pertama waktu pagi merah,bila waktu petang tiba2 warna hitam coklet
Hye dokter,sya suda brsalin anak suda 4 bulan yg lepas,sya haid pada waktu tgah hari masih berwarna merah,bila saya cek pada waktu petang haid saya telah menjadi warna hitam coklet,ada ka ia perlu d bimbangkan ?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Tidak perlu bimbang kerana untuk pengetahuan anda, haid berwarna hitam coklat adalah perkara biasa bagi kebanyakan wanita. Cecair coklat atau ‘spotting’ hanyalah sebahagian daripada “proses pembersihan” badan. Darah yang berada di lapisan rahim untuk jangka masa yang lama akan menjadi coklat dan akan menjejaskan warna haid anda.
Anda perlu berjumpa dengan doktor jika anda mengalami pendarahan vagina dalam keadaan yang berikut:
- Terdapat perubahan besar dalam kitaran haid anda.
- Anda mempunyai 3 atau lebih kitaran haid yang berlaku lebih daripada 35 hari.
- Tempoh haid anda berterusan lebih daripada 7 hari.
- Anda mula mengalami pendarahan yang sangat banyak ketika haid datang dan tidak seperti selalunya.
- Anda telah menopaus tetapi masih mengalami pendarahan daripada vagina.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.