Yuhana
7 tahun
Haid saya tidak henti - henti
Salam doktor, saya seorang wanita berusia 40 tahun, tak pernah mengandung lagi. Tapi semenjak 2-3 bulan ni kadang-kadang haid saya tak henti-henti. Risau juga saya. Apa perlu saya buat? ada tak ubat ke yang boleh saya makan utk bagi lega sikit.Rasa pening juga kepala ni bila benda tu jadi.
7 tahun
Salam sejahtera.
Perdarahan haid yang berpanjangan merupakan sejenis kondisi di mana perdarahan haid melebihi 7 hari atau melebihi 80 ml untuk satu kitaran haid. Terdapat pelbagai jenis punca yang boleh menyebabkan perdarahan haid yang berpanjangan, antaranya termasuk:
• Gangguan hormon
• Fibroid (ketumbuhan otot dari dinding rahim)
• Polip di rahim atau di pintu rahim
• Endometriosis, sejenis kondisi di mana lapisan dalam dinding rahim yang berada di luar rahim
• Radang pelvis kronik
• Kekurangan rembesan hormon tiroid dari kelenjar tiroid
• Barah di pintu rahim atau dinding rahim
• Syndrom polisistik ovari (PCOS)
• Penyakit bekuan darah atau coagulopathy
• IUCD atau intrauterine contraceptive device
• Ubatan seperti ubatan hormon atau ubatan cair darah (contohnya warfarin)
Untuk wanita yang belum pernah mengandung, mereka mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami gangguan hormon di dalam badan. Hormon yang tidak seimbang di dalam badan boleh menyebabkan perdarahan haid yang berpanjangan serta kitaran haid yang tidak teratur. Selain itu, untuk warga wanita yang mula masuk pertengahan tahun (40 tahun ke atas), risiko untuk menghidap kondisi-kondisi yang bahaya seperti barah di pintu rahim atau dinding rahim akan meningkat, terutamanya bagi warga wanita yang tidak pernah menerima vaksinasi HPV atau kaum wanita yang pernah menghidap jangkitan kelamin.
Anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor secepat mungkin untuk mendapatkan rawatan yang paling sesuai untuk anda.





























