
Sulit
3 tahun
Haid saya yang bermasalah
Saya wanita dalam 20an, pada 15/6 lepas saya sudah datang haid dimana itu memang kitaran haid saya. Dan haid saya normal dimana dia habis selama pada 21/6 . Kemudian pada 26/6, tiba tiba darah haid saya datang sekali lagi ? Apakah itu darah istihadah ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, darah istihadah (abnormal uterine bleeding) bermaksud pendarahan wanita yang tidak normal apabila berlaku di luar tempoh kitaran haid ataupun dari segi kuantiti pendarahan. Kami tidak dapat mengesahkan masalah anda adalah pendarahan istihadah tanpa maklumat lanjut. Namun, punca masalah anda boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti yang berikut :
- Fibroid dalam rahim
- Polip rahim
- Penggunaan IUCD
- PCOS
- Masalah tiroid
- Kesan sampingan ubat-ubat tertentu
Selain itu, terdapat penyakit yang lebih serius yang boleh dikaitkan sebagai punca masalah anda, iaitu kanser serviks dan kanser endometrium. Nasihat kami untuk anda adalah untuk merujuk perkara ini kepada doktor untuk mendapatkan diagnosis yang tepat serta rawatan yang berpatutan.
Anda boleh mendapatkan konsultasi atas talian bersama doktor kami untuk mendapatkan nasihat yang lanjut.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor pakar sakit puan.