
nsyazwani2011
4 tahun
Haid selepas 3 minggu keguguran
Hai doc, saya wanita 27 tahun…sebelum ni saya mengalami keguguran 7 weeks pregnancy…dan berpntang selama 14 hari…pada hari ke 12 darah nifas sudah pun bhnti…pada hari ke 17 selepas habis pantang…ada spotting darah semula…mungkin kah darah haid atau darah keguguran lagi? dan adakah normal ?
thnkyou doc.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, ianya sedikit sukar untuk menentukan jenis pendarahan yang anda alami kerana pendarahan tersebut boleh disebabkan:
- Kesan pendarahan keguguran
- Pendarahan haid
- Pendarahan ovulasi
- Masalah pembekuan darah
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.