
Sulit
3 tahun
Haid tak datang bila dah hamil atau itu hanya adalah tanda hamil bulan pertama
Nak tanya , berkenaan dengan haid dan hamil , adakah bila tak datang haid bermakna kehamilan baru bermula atau kehamilan dah lama bermula
Maksudnya, bila seseorang hamil 3 bulan , adakah dia tetap mendapat haid sepanjang 3 bulan tersebut atau haid semestinya tak datang bermulanya bulan pertama hamil
Bolehkah seseorang mendapat haid tanpa putus dan ada kandungan di dalam perut?
Atau haid hanya akan mula tak datang bila ada kandungan dalam perut?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, apabila terjadi persenyawaan antara ovum dan juga sperm, hormon wanita iaitu progesterone dan juga estrogene akan meningkat yang akan menyebabkan dinding rahim menjadi semakin menebal untuk perlekatan janin. Selama hormon ini terus meningkat, wanita hamil tidak akan datang haid.
Selama tempoh kehamilan, anda tidak akan datang haid. Haid anda tidak akan datang bermula jika anda ada kandungan di dalam perut.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan