Sulit
6 tahun
Haid Tidak Teratur - 2 bulan
Doc, saya berusia 29 tahun, baru melahirkan anak secara ceaser pada 25 March 2019. Persoalan saya, saya telah datang haid selepas 2 bulan habis pantang, bermula Jun 2019, Julai, Ogos. Tetapi pada September saya telah datang Haid pada 3-8 Sept, kemudian datang Haid lagi pada 26 - 3 Oct.
2nd time pada bulan September (26 Sept-3 Oct), darah fresh hanya 1,2 hari sahaja dan diikuti dengan darah coklat/lendir coklat sehingga hari ke8 (3 Oct). Kemudian hari ke9 saya bersih.
Tetapi saya musykil kembali apabila saya dapati pada 13 Oct saya mempunyai lendir coklat sama seperti 2nd time pada 26 sept - 3 oct tersebut.Ia masih berterusan hingga hari ini, 14 Oct.
Persoalan saya, adakah saya mengandung? untuk pengetahuan saya tidak mengambil sebarang perancang kehamilan dan hanya memakai kondom ketika bersama.
Mohon penjelesan dari doctor.
Terima Kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Tisu endometrium
Memandangkan anda tidak mengambil sebarang perancang kehamilan, anda disarankan menggunakan ujian UPT sekiranya anda mengesyaki kehamilan. Hal ini kerana masih terdapat risiko kehamilan dengan menggunakan kondom.
Sila klik pada link dibawah bagi mengetahui cara menggunakan UPT dengan tepat.
(Ujian kehamilan)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi mengelakkan komplikasi penyakit. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.



































