
Sulit
3 tahun
Haid tidak teratur boleh lah amal kan norcolut untuk senang mencari waktu subur bagi ttc
Saya wanita umur 20 tahun yang telah berkahwin , haid saya tidak teratur yang membuat kan saya sukar untuk mencari waktu subur , setelah mengamalkan norcolut5mg , 3 hari 1 biji saya dapat haid di hari yang ke 9 bersamaan dengan 3 biji norcolut , soalan saya ialah , boleh kah saya amal kan mengambil norcolut setiap kali terlambat haid supaya dapat mencari waktu subur untuk saya yang sedang berusaha untuk mendapatkan zuriat ? Adakah dia tidak berpengaruh sebagai penghalang kehamilan ?

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan maklumat di atas, kami memahami bahawa anda mengambil Norclout 5mg untuk masalah haid tidak teratur. Ubat tersebut berkesan dan kini anda ingin mengetahui jika ia boleh diteruskan sehingga kehamilan. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, ubat tersebut mengandungi Norethisterone yang digunakan untuk penyakit haid tidak teratur. Hormon yang terkandung dalam ubat ini adalah dos rendah progetogens. Memandangkan ia juga mempunyai dos toksik yang rendah, ia tidak menyebabkan kesan buruk serta tidak menyebabkan kanser.
Namun begitu, ubat ini amat tidak sesuai untuk kehamilan. Ia boleh menyebabkan kecacatan atau komplikasi kehamilan. Kami menasihati agar perkara ini dirujuk kepada doktor sebelum anda mengambilnya secara berterusan. Hal ini kerana, kami tidak dapat memberikan nasihat yang tepat tanpa sejarah kesihatan, pemeriksaan fizikal serta ujian klinikal perihal diri anda.
Anda juga boleh menghubungi doktor kami atau pakar sakit puan secara atas talian. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan