
ezatylatif
5 tahun
Haid tidak teratur selepas kahwin 21/6
hi doc … saya alami maslah haid yg tidak teratur selepas berkahwin last period saya seminggu sebelum nikah dan tarikh nikah adalah 21/6/2019 sebelum berkahwin saya ada juga masalah haid tak teratur tapi after 1month dia dtg mcm biasa. jadi saya tak tau apa yg patut saya lakukan … lagi satu saya nak tanya kalau kita selalu gigit ais ada kesan sampingan ke doc? itu sahaja soalan yg saya ingin ajukan tq…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kitaran haid yang tidak teratur boleh disebabkan:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah sindro polisistik ovari
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.