
Sulit
4 tahun
Hamil 5minggu ambil vitamin c bio life
Saya lin berumur 30thun… Saya mengandung 5minggu dan mahu mengamalkan pengambilan vitamin c… Adakah vitamin c biolife& bioflavonoids ini selamat diambil ketika mengandung?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini.
Untuk makluman anda, diet bagi wanita mengandung adalah lebih kurang sama seperti orang lain, merangkumi diet yang seimbang dan mengandungi sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang dan sumber protein.
Selain itu, terdapat beberapa nutrien lain yang diperlukan oleh ibu hamil seperti:
- Folate/Asid Folik : Menghindarkan kecacatan janin, terutamanya yang melibatkan saluran, otak dan tulang belakang bayi. Wanita hamil memerlukan asid folik sebagai 1000mg sehari.
- Vitamin D diperlukan untuk menguatkan tulang dan gigi bayi. Wanita hamil memerlukan sebanyak 600IU sehari.
- Kalsium dapat menguatkan tulang, gigi dan otot ibu dan anak. Wanita hamil memerlukan kalsium sebanyak 1000mg sehari juga.
Berdasarkan soalan anda, bioflavonoid adalah compound yang berasal dari tumbuhan. Ianya bukan vitamin dan bukan menjadi sesuatu yang terlalu penting untuk pemakanan manusia. Adalah lebih baik dielakkan pengambilan bioflavonoid ketika hamil kerana masih kurang kajian tentang kepentingan/kebaikannya diambil ketika hamil. Namun, sekiranya pengambilan bioflavonoid dengan dos terlalu tinggi, ianya membimbangkan dan terdapat kesan buruk. Bagi vitamin c pula, jumlah kandungan jumlah vit c tersebut perlu diketahui sebelum diambil. Sekiranya pengambilan vit c 1000mg atau lebih tinggi dalam sehari, sebaiknya anda elakkan.
Namun begitu, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih