Sulit

2 tahun

Hamil dan anak bergilir terkena chicken pox

Salam dr. Saya ada kebimbangan untuk di kongsi. Saya ada 4 orang anak dan sekaramg saya hamil 28 minggu. 2 minggu lepas, anak pertama saya yang berusia 7 tahun terkena chicken pox. Semasa phasa tersebut saya dan suami telah men-kuarantin anak, supaya tidak berjangkit pada anak yang lain. Akan tetapi selepas 2 minggu, anak saya yang ke 4 (berusia 2 tahun) pula telah terjangkit cacar dan sekarang 2 lagi anak saya (berusia 6 dan 4 tahun) terkena cacar.

Memandangkan saya hamil, boleh kah saya menjaga anak2 saya? Adakah ianya akan menggangu kandungan saya? Saya pernah terkena cacar semasa kanak2. Anak saya yang berusia 2 dan 4 tahun selalu mencari dan ingin bersama saya sampai menangis. Kadang saya tidak ada pilihan selain mendokong dan mendiamkan mereka memandangkan mereka masih kecil dan memerlukan saya.

Keadaan begini membuat mental dan emosi saya terganggu dan selalu membuat saya menangis memikiran anak2 saya & anak dalam kandungan.

Saya harap jawapan dr dapat membantu saya. Terima kasih.

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.

Anda bertanyakan tentang masalah anda yang terdedah kepada chickenpox semasa hamil. Kami akan cuba membantu anda.

Untuk makluman anda, bagi ibu-ibu hamil yang telah mendapat imuniti terhadap chicken pox (iaitu telah mengalaminya atau mendapat vaksinasi) biasanya tidak menyebabkan sebarang risiko kepada dirinya mahupun kandungannya jika terdedah kepada jangkitan ini semasa hamil.

Oleh itu, anda tidak perlu risau untuk bersama-sama anak anda yang telah dijangkiti. Namun begitu, anda haruslah mengambil langkah berjaga-jaga dengan menjaga kebersihan dan segera berjumpa doktor sekiranya mengalami sebarang gejala membimbangkan atau mempunyai persoalan lanjut tentang kehamilan atau jangkitan cacar ini. Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.

Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.

Klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.

AdobeStock_272573067

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (31)