Sulit
2 tahun
Hamil lima minggu dan saya tidak bersedia dengan kehamilan ini kerana telah mempunyai 5 orang anak yang terakhir baharu 8 bulan, saya tidak bersedia dengan kehamilan baharu ini dan ingin menamatkannya dengan makan pil perancang, adakah ianya berkesan?
HAMIL
saya telah hamil 5 minggu, saya tidak bersedia dengan kehamilan ini kerana telah mempunyai 5 orang anak yang terakhir baharu 8 bulan, saya tidak bersedia dengan kehamilan baharu ini dan ingin menamatkannya dengan makan pil perancang, adakah ianya berkesan?
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Kami memahami kebimbangan anda tentang kehamilan ini dan kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, mengambil pil perancang sewaktu kehamilan tidak akan menyebabkan keguguran dan tidak akan menyebabkan komplikasi kepada bayi dalam kandungan.
Keguguran bayi dalam kandungan dengan sengaja adalah salah dari segi undang-undang dan agama melainkan jika dinilaikan oleh doktor boleh memudaratkan kesihatan ibu yang mengandung.
Oleh itu, anda disarankan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut ataupun nasihat yang seterusnya dalam hal ini
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih