
Sulit
4 tahun
Hamil pegang bela kucing
saya hamil 17weeks sekarang…dari sebelum hamil sampai sekarang saya ada bela beberapa ekor kucing…2 ekor memang dalam sangkar…seekor baru melahirkan…saya sendiri yang cuci sangkar & buang najis mereka…adakah selamat selama saya hamil mencuci najis kucing itu sendiri?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Pertama sekali, tahniah diatas kehamilan anda. Kami berharap agar anda dan suami dapat mengharungi detik-detik ini dengan penuh kebahagian dan kasih sayang. Namun jawapan dibawah ini hanya merupakan keterangan am tentang pertanyaan anda. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Umumnya wanita hamil amat tidak digalakkan untuk mendekati diri dengan najis kucing atau haiwan peliharan yang lain. Hal ini kerana najis kucing boleh mengandungi parasit Toxoplasma gondii yang amat mudah untuk menjangkiti wanita hamil.
Jangkitan parasit ini boleh menyebabkan penyakit toxoplamosis yang mendatangkan kemudharatan kepada si ibu dan juga kandungannya seperti:
- keguguran
- kematian bayi
- gangguan otak atau kecacatan pada si bayi
- jangkitan kelamin pada si ibu
Maka dengan itu kami berharap agar anda tidak lagi mencuci sangkar dan buang najis kucing peliharaan itu sepanjang kehamilan dan fasa nifas. Berbincanglah dan minta bantuan ahli keluarga yang lain untuk melakukan tugas tersebut.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan kandungan anda dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Namun, informasi yang telah diberikan hanyalah pengetahuan umum. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda dan kandungan, kami menasihatkan agar anda sentiasa berkomunikasi dengan doktor kehamilan anda, dan jangan lupa untuk check-up di klinik mengikut jadual yang telah di tetapkan.
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.