
Anonymous
5 tahun
Hamil selepas sebulan gugur
Sya wanita dalam 20an. Sya bru lpas gugur sebulan yg lalu(kandungan 7 week)…kini sy hamil semula… Tp semasa di hospital…doc sarankan utk sy rehat 3 bulan dulu bru boleh rancang utk hamil semula…sbb sya buat d&c…doc ckp bg rahim betul2 sembuh dulu…tp sekarg sy dah termengandung…so ada resiko ke utk kndungan sy ni.?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, keperluan berehat selepas keguguran dan prosedur dilatation & currettage (D&C) adalah bagi memastikan rahim anda sembuh dan bersedia untuk menerima kehamilan seterusnya.
Tedapat pelbagai risiko yang boleh berlaku pada kehamilan selepas keguguran dan prosedur ini, antaranya kelahiran pramatang, pendarahan ketika hamil, placenta abruption (uri tercabut dari rahim), dan masalah lain pada bayi dalam kandungan seperti kurang berat dan kecacatan.
Disebabkan anda sudah mengandung, anda amat disarankan agar segera merujuk kepada doktor bagi memudahkan kehamilan anda dipantau dan membolehkan risiko-risiko di atas di atasi atau segera ditangani jika berlaku.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.