
linaamani0330
5 tahun
Hamil tapi turun darah
Sy Adeline 28thn asal sabah berkhawin dan mempunyai 1org anak,sy nak kepastian dr doktor adakah sy hamil atau tdk…
Kitaran haid sy macam biasa takde masalah,tp bulan ni darah sy macam tk lancar,21hb sy haid 2hari tu darah banyak,hari ke3 darah kurang sudah,hari ke4 darah tkde bersih mcm tk haid,then hari ke5 ada darah sikit tp warna coklat,terus hari ke5 darah tkde…sy nak kepastian ada kah sy hamil atau tidak ??
terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera Adeline, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Dalam hal ini adalah lebih baik anda lakukan ujian upt bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang status kehamilan anda. Selain itu, anda juga boleh ke klinik untuk mengesahkan status kehamilan.
Doktor akan melakukan ujian darah dan/atau imbasan ultrasound bagi mengesahkan sama ada anda hamil atau tidak.
Darah pada hari ke 5 itu boleh disebabkan pelbagai perkara seperti:
- implantasi janin pada rahim
- keputihan normal
- haid dan sebagainya
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.