harman

5 tahun

Hempedu batu tu apa?

Aslkm Dr… nak tanya… hempedu batu tu apa?Adakah ia sbb saya suka makan seafood banyak?

Dr Ilias Yee,

5 tahun

Walaikumussalam! Terima kasih kerana bertanyakan soalan.

Batu hempedu merupakan sejenis kondisi di mana batu keras telah terbentuk di dalam hempedu. Batu hempedu biasanya disebabkan oleh kandungan kolesterol yang terlalu tinggi di dalam cecair hempedu.

Orang yang mempunyai berat badan berlebihan, kolesterol tinggi atau usia yang lebi tua mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidap penyakit batu hempedu.

Jika anda mempunyai risiko-risiko tersebut dan makanan laut yang anda makan adalah tinggi dalam kandungan kolesterol, maka anda mempunyai risiko yang tinggi untuk menghidap penyakit batu hempedu.

Batu hempedu boleh terperangkap di dalam hempedu dan menyebabkan sakit perut. Batu hempedu yang terperangkap boleh menyebabkan komplikasi serius seperti:

  • Radang hempedu
  • Radang pankreas

Namun demikian, penyakit batu hempedu biasanya tidak perlu dirawat jika ia tidak menimbulkan sebarang gejala atau komplikasi.

Jika anda mula mengalami tanda-tanda penyakit batu hempedu seperti sakit perut dan kekuningan, anda harus berjumpa dengan doktor secepat mungkin untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

Dr Ramzdhan,

5 tahun

Selamat petang! Terima kasih atas soalan anda.

Penyakit batu karang hempedu adalah masalah yang sering dihadapi penduduk Malaysia dan sering dikaitkan dengan peningkatan pengambilan makanan berlemak.

Pundi hempedu adalah organ yang terletak di bawah hati.dan ia berfungsi sebagai tempat untuk menyimpan hempedu yang dihasilkan oleh hati. Organ ini adalah sangat penting untuk penyerapan dan pencernaan lemak.

Batu karang hempedu adalah formasi seperti batu yang terbentuk di dalam pundi hempedu dan terbentuk apabila salah satu daripada tiga komponen utama dalam hempedu (kolesterol, garam hempedu dan bilirubin) wujud secara berlebihan menyebabkan ketidakseimbangan cecair.

Kebanyakan batu karang hempedu tidak menunjukkan tanda atau gejala dan dikesan semasa pemeriksaan rutin dijalankan. Manakala sebahagian kecil batu karang hempedu boleh menyebabkan gejala seperti rasa sakit yang berpanjangan selama beberapa minit di bahagian kanan atas abdomen.

Kebanyakan batu karang hempedu adalah asimptomatik dan tidak memerlukan rawatan tetapi pembedahan diperlukan bagi keadaan tertentu.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (31)