
Sulit
4 tahun
Hepatitis b surface ab
Sy beumur 40 tahun. Sy ingin mmbuat rawatan ivf. Sy telah mmbuat ujian darah dan report mgatakan hepatitis b ab value sy H 204.80 iu/L. Ada kah ia merbahaya … adakan sy layak utk buat rawatan ivf… report ni utk di hantar ke hkl. Tp sy telah melihat nya di rmh… sy sgt risau doktor.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Disebabkan saya tidak dapat melihat keputusan anda, sukar bagi saya untuk memberikan kesimpulan dalam hal ini. Secara amnya, kedua-dua pasangan seharusnya memaklumkan kepada klinik kesihatan agar pemeriksaan serta ujian darah boleh dibuat untuk melihat status hepatitis B samada terkawal ataupun tidak. Jika perlu, maka mungkin kedua-dua pasangan akan diberikan ubat serta nasihat berkaitan untuk mendapatkan cahaya mata. Risikonya adalah kepada anak dimana penyakit ini boleh dituruni kepada anak, namun ada beberapa cara untuk mengurangkan risiko serta kawalan penyakit sekiranya anak dijangkiti penyakit ini.
Oleh itu anda disarankan untuk berbincang dahulu dengan doktor anda untuk mendapatkan rawatan jika perlu sebelum melakukan IVF.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.