Sulit
5 tahun
Hi.doc, saya mengambil rapid test untuk hiv, dan hasil nya adalah positive.akan tetapi saya tidak mempunyai tanda-tanda hiv. akan tetapi saya mempunyai gejala sipilis. soalan saya adakah test rapid tersebut boleh juga mengesan sipilis selain hiv?
tanda yang saya ada adalah, ade cecair yang keluar dari kemaluan sy. akan tetapi ia sudah tiada ketika sy mengambik antiviotik.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Hi. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, HIV boleh ada tanpa menunjukkan apa-apa gejala. Selain itu, rappid test untuk HIV tidak dapat untuk mengesan sifilis. Sifilis mempunyai ujian tersendiri. Akan tetapi, HIV dan sifilis boleh datang sekaligus kerana kedua-dua ini adalah penyakit berjangkit kelamin. Memandangkan anda diberi antibiotik, saya beranggapan anda mempunyai penyakit lain selain HIV kerana, penyakit ini tidak dirawat menggunakan antibiotik sebaliknya anti-viral.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah lebih lanjut, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.



































