
Sulit
4 tahun
Hidung anak kerap tersumbat
Anak saya berusia 6 tahun kerap mengalami hidung tersumbat dan sukar bernafas ,kerang waktu pagi dan kerapnya bila malam

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, sesak nafas berkemungkinan disebabkan oleh hidung tersumbat. Namun, pihak kami tidak menolak kemungkinan ianya adalah masalah yang berbeza.
Hidung tersumbat ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- alahan
- demam
- pertumbuhan bukan kanker seperti polip hidung, atau tumor di saluran hidung
- pendedahan kimia
- perengsa persekitaran
- jangkitan sinus yang berpanjangan, yang dikenali sebagai sinusitis kronik
- septum yang menyimpang
Selain itu, sesak nafas juga boleh disebabkan oleh:
Anemia - kurang darah merah
Penyakit Asma
Alahan
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.