
Sulit
3 tahun
Hidung Sumbat dan hilang deria bau dan rasa
Salam doc, sy tidak ada contact rapat dengan mana-pesakit covib dan bekerja di kawasan ladang. pada mula nya sy sakit dibahagia tekak… sakit untuk menelan. hari berikut nya sy mula berhingus dan berkahak. hari ke 3 sy mula rasa sumbat hidung dan kahak yang sangat pekat. sehingga buang semua kahak baru rasa lega. tp itu seketika sahaja. gejala lain takda doc. demam2 takda. cuma berkahak dan hilang deria bau dan rasa. ini hari ke 4 sy. soalan sy, adakah sy perlu membuat swab test doc?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lebih lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
- Hilang deria bau dan rasa
Saya menyarankan anda untuk membuat swab test untuk mendapatkan kepastian tentang keadaan anda. Ini adalah kerana anda mengalami beberapa gejala seperti yang telah saya nyatakan di atas.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini