Sulit
3 tahun
Hidung tersumbat xkira waktu
Saya ade masalah hidung sebelah tersumbat walaupun xde selsema xde hingus…kadang² tersumbat sebelah kanan kadang sebelah kiri. ia ganggu saya nak bernafas…kadang tu terasa susah nak bernafas… bila bangun kena bernafas melalui mulut baru rasa selesa.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah hidung anda sering tersumbat boleh disebabkan faktor alahan pada kawasan tempat tidur seperti pada debu, jangkitan selesema, ketumbuhan poilp dalam hidung ataupun resdung. Untuk merawat masalah yang dialami anda, pemeriksaan dan maklumat lanjut adalah diperlukan. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.