
Sulit
3 tahun
Hilang ingatan .Ingat semula atau tidak.Kadang Kadang Jadi pelupa.Dalam usia yang muda
Saya remaja perempuan yang berumur 15 tahun .Saya sering menjadi pelupa atau hilang ingatan .Sebagai contoh,semasa berbual jika ada yang memotong percakapan saya… saya akan terlupa apa yang saya hendak cakap.Selain itu, Saya juga sering terlupa saya letak barang saya di mana.Contoh lain, kalau seseorang suruh saya buat sesuatu saya akan lupa.Dan saya juga lupa hari semalam.Sebagai contoh makan apa dan buat apa.Kadang kadang kalau saya akan teringat semua dan kadang kadang saya tak ingat langsung.Jadi saya ingin bertanya apakah ini penyakit.Dan ada penawar ke penyakit ini?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Menurut penerangan anda, kami memahami anda mengalami masalah berkaitan memori, iaitu anda sering hilang ingatan. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah berkaitan memori boleh berlaku disebabkan oleh :
- Kekurangan tidur
- Gangguan tekanan
- Masalah tiroid
- Kesan sampingan sesetengah ubatan
- Masalah psikiatri seperti kemurungan dan keresahan
- Kecederaan pada kepala
Jawapan kami ini adalah secara umum dan anda perlu merujuk kepada doktor untuk mengetahui punca sebenar masalah anda. Anda boleh menggunakan khidmat konsultasi atas talian kami untuk bercakap dengan doktor.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.