
mustikalia576
4 tahun
Hilang selera makan tetapi tidak merasa mual
Saya wanita berumur 20 tahun. Sejak saya berumur 18 tahun, saya hilang selera makan saya. Dalam sehari saya hanya makan milo cicah biskut sahaja. Nasi saya hanya makan seminggu sekali sahaja. Kadang2 tidak makan dalam tempoh 2 minggu. Aktivit harian saya tidak terganggu tetapi orang disekeliling saya berasa risau kerana saya tidak makan banyak. Saya juga seorg yang underweight.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan seperti adakah anda mengalami keturunan berat badan yang mendadak, adakah anda mengurangkan kuantiti makanan untuk menurunkan berat badan dan sebagainya.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.