
Sulit
3 tahun
Hilangkan pertumbuhan mula jerawat dan parut jerawat merah dan hitam
Saya remaja perempuan dalam lingkungan 13 hingga 17 tahun…saya mengalami pertumbuhan jerawat sejak saya berumur 16…jerawat di muka saya dulu banyak juga tapi sekarang dah hilang sikit-sikit,tapi masih ada…sekarang jerawat saya banyak tinggalkan parut di bahagian dahi dan pipi,saya juga ada jerawat di bahagian badan dan dada…saya dah cuba macam2 cara,tapi masih tak berkesan…tapi sekarang saya guna satu je produk untuk sementara iaitu nixoderm,saya mengamalkan penggunaannya,tapi masih tidak berkesan…saya jadi takut untuk keluar rumah dan untuk pergi sekolah…;csaya juga pernah rasa tertekan sehingga sekarang sebab kulit muka saya yang banyak jerawat dan parut…Doktor…apa cara yang terbaik untuk hilangkan jerawat dan parutnya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala anda alami ini, jerawat di muka dan badan boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya:
- Ketidakseimbangan hormon
- Jangkitan kulit
- Gaya hidup yang tidak teratur, seperti tidur lewat, makanan kurang seimbang
- Stress, kegelisihan
- Kebersihan yang tidak memuaskan
Untuk mengetauhi punca penyebab gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk mendapatkan bantuan Pakar Kulit.