
Sulit
3 tahun
Hiv rapid test result
Saya baru menerima vaksin dan telah membuat hiv test secara kendiri menggunakan test kit. Adakah vaksin akan mempengaruhi keputusan hiv test berikut? Saya ada baca kemungkinan false positive result adalah disebabkan penerimaan vaksin.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, vaksin Covid-19 adalah khusus untuk virus Covid sahaja, serta membantu sistem imuniti anda menghasilkan antibodi khusus untuk terangkan virus Covid saja.
Ujian HIV berfungsi dengan mengesankan hanya virus HIV dalam aliran darah anda. Keputusan ujiannya amat berkesan dan tidak akan dipengaruhi oleh apa-apa vaksinasi. Sekiranya anda tidak yakin pada keputusan ujian kendiri anda, anda juga boleh menghadiri ke klinik atau hospital untuk menjalani ujian yang lebih tepat.
Untuk maklumat lanjut dan soalan lain, anda boleh merujuk kepada doktor anda atau menghubungi talian CPRC di 0388810200/+60178429454.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini