Anonymous
5 tahun
Hormon period x stabil
Saya wanita umur 28tahun…dah lama x period…kalau makan ubat untuk period baru la keluar…kalau x makan ubat memang xdatang…Apakah masalah saya alami?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkannya.Antaranya ialah:
- Tekanan Emosi
Masalah emosi atau tekanan perasaan boleh menyebabkan haid terhenti. - Ubat-ubatan
Ada sesetengah ubat-ubatan yang anda makan untuk masalah perubatan tertentu boleh menganggu kitaran haid. Ubat sawan, ubat penenang, pil perancang kehamilan, pil-pil hormon bole menyebabkan kitaran haid terganggu. - Haid yang tidak teratur mungkin adalah tanda-tanda anda mempunyai masalah perubatan yang tidak anda sedari seperti Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS), masalah kelenjar tiroid, Kencing manis yang tidak terkawal
Sebelum anda mengambil ubat untuk masalah haid tidak teratur anda digalakkan untuk mendapatkan nasihat daripada doktor supaya rawatan yang tepat diberikan.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.


























