
Sulit
2 tahun
Hormon tidak stabil dan period yang tidak teratur
Salam sejahtera doktor. Saya berumur 30thn dan belum berkahwin lagi. Saya mempunyai masalah hormon lelaki lebih melalui bulu yg berlebihan dan sbginye. Adakah saya boleh mngmbil pil perancg bg mgurgkn hormon lelaki trsebut dan sy jg mmpunyai maslah period yg tidak teratur. Terima kasih.

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, terdapat pelbagai masalah yang menyebabkan hormon lelaki lebih dan mempunyai karakter seperti lelaki seperti:
- Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS)
- Sindrom Cushing
- Masalah kelenjar adrenal (Adrenal Gland Hyperplasia)
- Ketumbuhan
- Ubat-ubatan
Rawatan untuk masalah tersebut adalah bergantung kepada penyakit yang spesifik dialami oleh individu. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor untuk mengetahui kesesuaian pil perancang sebagai rawatan yang paling tepat. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.