yayanurdaya08
4 tahun
Hormon tiroid dan sakit kepala
Hi Doktor . Sy nak tanya . Bacaan tiroid sy adalah pada paras normal , tpy mengapa hormon tiroid sy terlalu tinggi yaa ? Apakah punca hormon tiroid sy tinggi ? Apakah risiko yang mungkin sy hadapi ? Dan sejak kebelakangan ini , sy selalu sakit kepala sehingga sy tidak dapat buat kerja kerna sakit yg amat , dan mata saya jugak agak kabur dan terasa panas … mengapakah keadaan sy sedemikian doktor ? Apa yg perlu sy lakukan ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Idiopatik
- Autoimun
- Genetik
- Kanser tiroid; tapi sangat jarang
- Masalah kelenjar pituitari
Risiko yang ada hadapi:
- Sakit jantung
- Hilang berat badan yang berlebihan
- komplikasi mata
- Tiroid Storm (Sangat berbahaya)
Sakit kepala dan kabur penglihatan anda boleh berkaitan dengan masalah tiroid atau disebabkan masalah berbeza. Antaranya:
- Migraine
- Ketumbuhan pada otak
- Masalah pituitari adenoma
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.