Dijawab oleh: Dr Sri Viknarajan
Saya berusia 44 tahun dan pesakit hyperthyroidism. Semalam saya disahkan hamil 14 hari. Saya amat risaukan kandungan saya memandangkan saya mengambil ubat secara harian.
Apakah kesan keatas bayi dan bagaimana cara untuk saya menjaga kandungan saya?
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Pertama sekali tahniah diucapkan kepada puan dan suami! Semoga dapat mengharungi detik-detik yang indah ini dengan penuh dedikasi dan penuh rasa kasih sayang.
Walau bagaimanapun, jawapan dibawah ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Umumnya, wanita yang menghidap penyakit tiroid akan dipantau dengan teliti sepanjang tempoh kehamilan. Terutamanya bagi tiga bulan pertama (baca: first trimester ) proses kehamilan. Hal ini kerana, trimester pertama dalam kehamilan merupakan tempoh bayi menggunakan hormon tiroid dari ibu untuk tumbesaran dan perkembangan mereka.
Seperti penyakit atau gangguan yang lain semasa hamil, hipertiroidism juga mempunyai beberapa risiko yang perlu diketahui oleh si ibu. Namun perlu difahamkan ini biasa berlaku pada hipertiroid yang tidak terkawal. Antaranya adalah:
Risiko kepada janin pula ialah
Saya menasihatkan anda untuk kurangkan atau elakkan dari minuman dan makanan yang mempunyai kandungan kafein yang tinggi (kerana ia dapat memperburukan lagi gejala hypertiroidisme) seperti:
Minuman yang dianjurkan oleh penderita hipertiroid adalah:
Makan yang dianjurkan oleh penderita hipertiroid adalah:
Oleh itu, pesakit hipertiroid patut menerima kaunseling kehamilan bagi menentukan rawatan terbaik untuk mengawal tahap tiroid, menerima maklumat mengenai kesan hipertiroid kepada anak dan untuk belajar tentang risiko-risiko ketika hamil. Saya juga berharap puan akan lebih proaktif untuk mendapatkan konsultasi dari doktor pakar.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap diatas talian dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.