Sulit

3 tahun

Hypertyroid tachycardia

Saya sedang pregnant usia kandungan 36weeks. Hasil Tft saya menunjukan sy ada hypertyroid. TSH sy rendah ,t4 & t3 normal range. Since early pregnancy sy ada tachycardia heartrate taking at clinic 120-135/min. Kalau monitor di rumah around 98-113/min. Saya nak bersalin normal with the God permission.Persoalan saya ada ke ibu hamil yg ada tachycardia boleh bersalin secara normal.Mohon pencerahan Doctor.

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diberi.

Kami memahami kebimbangan anda mengenai degupan jantung lanjung (Tachycardia) yang mungkin juga disampingi dengan tekanan darah tinggi sama ada ia boleh mempengaruhi kelahiran bayi baru anda. Untuk makluman anda, penyakit hipertiroid ketika hamil akan boleh menyebabkan degupan jantung laju dan juga tekanan darah tinggi.

Setakat ini, terdapat tiada halangan yang dinyatakan bagi ibu hamil yang menghadapai penyakit tiroid atau darah tinggi untuk bersalin secara normal iaitu melalui vagina (Vaginal delivery). Namun, bersalin secara normal memerlukan suntikan ubat bagi melancarkan prosedur kelahiran dan ubat tersebut tidak boleh diberikan kepada ibu yang menghadapi tekanan darah tinggi. Ubat ini dikenali sebagai Pitocin, iaitu sejenis hormon oxytocin yang berfungsi untuk menegangkan otot rahim ketika melahirkan bayi. Ia diberikan melalui suntikan pada fasa melahirkan bayi.

Walaubagaimanapun, suntikan ubat tersebut hanyalah salah satu cara untuk menlancarkan kelahiran bayi baru dan terdapat juga kaedah lain yang boleh menggantikannya.

Doktor anda juga akan memberi pilihan untuk mendorong kelahiran lebih awal daripada tarkih lahir yang ditetapkan bagi mengelakkan komplikasi yang tidak diinginkan daripada berlaku. Mereka akan memastikan tekanan darah anda terkawal sebelum meneruskan prosedur untuk menyambut kelahiran insan baru yang disayangi.

Kehamilan adalah saat yang indah, pastikan anda mendapat khasiat yang secukupnya untuk perkembangan bayi yang sihat.

Akan tetapi, masalah darah tinggi (dan tachycardia) serta masalah tiroid ini boleh membawa risiko kepada bayi anda dan juga kesihatan anda secara am. Berikut merupakan komplikasi darah tinggi (Pre-eclampsi) dan hipertiroid (Maternal Hyperthyroidism) ke atas kesihatan anda dan bayi anda:

  • Kelahiran bayi yang pramatang atau kurang berat badan. (Preterm delivery & Low birth weight)
  • Keguguran
  • Risiko masalah darah tersumbat atau pendarahan berlebihan ketika kelahiran bayi.
  • Risiko menghidap penyakit darah tinggi walaupun selepas kehamilan
  • Serangan sawan ketika menyambut kelahiran ataupun sebelum.
  • Risiko organ menjadi rosak seperti buah pinggang dan paru-paru.
  • Risiko mendapat penyakit jantung
  • Risiko organ hati yang rosak. Ia lebih dikenali sebagai HELLP Syndrome (Hemolysis, elevated liver enzymes, and low-platelet count)
  • Risiko mati ketika kelahiran akibat pendarahan yang tidak terkawal.

Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda terlebih dahulu mengenai perkara ini bagi mendapatkan penyelesaian yang lebih sesuai kerana mereka mempunyai pemantauan yang lebih rapi mengenai kehamilan serta status kesihatan anda secara am.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

Pastikan persoalan anda terjawab untuk kehamilan yang sihat. Doktor pakar ibu dan anak (obstetrician) dapat membantu anda.

doctor-checking-pregnant-woman-tummy-with-stethoscope_85574-4709

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (50)