
Sulit
4 tahun
Hypothroid bagi lelaki
lelaki hypothroid dan telah menjalani rawatan radioaktif,kini mkn ubat throid,adakah menjejaskan kesuburan lelaki

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda, hipotiroid meberikan pengaruh kepada menurunnya kadar metabolisme dalam tubuh dan dapat memberikan gejala seperti berat badan bertambah tanpa sebab yang jelas, kulit kering, mudah berasa sejuk, keguguran, sakit sendi, penglihatan kabur, pendengaran berkurang dan lain-lain.
Kondisi hipotiroid, pada lelaki diduga dapat mempengaruhi kualiti dari sperma yang dihasilkan. Perkara ini dapat menjejaskan kesuburan lelaki. Bagaimanapun rawatan penyakit tiroid adalah untuk merawat gejala tiroid dan tidak mempengaruhi kesuburan. Namun, penilaian kondisi kelainan tiroid dirujuk pada pemeriksaan menyeluruh yang dilakukan secara langsung oleh doktor. Maklumat lanjut seperti rekod kesihatan dan pemeriksaan lanjut adalah diperlukan.
Oleh itu, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Selesaikan masalah tiroid anda dengan Pakar Yang Bertauliah !