
faraemiza
2 tahun
I ada cholesterol high reading 8.Baru beli red yeast rice from bio life…safe ke utk saya makan?dan brp biji perlu?boleh ambil sekalo dgn livolin?
saya wanita berusia 42 tahun.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk pengetahuan anda, sila baca kandungan dan kesan sampingan pada kertas arahan Livolin dan red yeast rice tersebut sebelum mengambil. Sebenarnya kedua-dua bahan tersebut adalah bahan suplemen tambahan dan bukan ubat medikal. Disebabkan tahap cholesterol anda yang tinggi, selain daripada pengambilan suplemen tersebut anda juga dinasihati untuk mengubah gaya hidup dengan cara:
- Bersenam sekurang- kurangnya 3 kali seminggu untuk 20 minit setiap sesi termasuklah slow walk.
- Belajar teknik mengawal stres dengan cara bermeditasi dan yoga.
- Kurang pengambilan makanan berminyak, tinggi gula, tinggi garam dan berkarbohidrat secara progresif.
- Banyakkan pengambilan sayur- sayuran dan buah- buahan sebagai snek sihat. Elakkan kuih- muih untuk minum petang.
- Praktikkan pengambilan makanan dalam kuantiti yang kecil dengan lebih kerap.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.