
Sulit
4 tahun
Ibu jari kaki kanan terasa kebas
Salam sejahtera dokter. Saya nak tanya berkenaan dengan ibu jari kaki kanan terasa kebas.Adakah itu adalah masalah jantung?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, gejala kaki kebas boleh disebabkan oleh masalah aliran darah, pengsarafan ataupun kencing manis. Namun, terdapat banyak faktor lain yang boleh menyebabkan masalah ibu jari kebas iaitu:
- Terlalu banyak minum alkohol
- Kencing manis (Diabetic Neuropathy)
- Penyakit Multiple Sclerosis
- Masalah pengsarafan yang tersekat (Tarsal tunnel syndrome)
- Masalah persisiran aliran darah
- Raynaud’s disease
- Kecederaan tulang atau saraf belakang
- Penyakit keradangan salur darah (Vasculitis)
- Masalah jantung atau stroke
Penyakit jantung boleh menyebabkan kekebasan. Namun, ia selalunya datang dengan masalah-masalah tersebut:
- Muka kebas dan terjatuh pada sebelah bahagian.
- Otot lemah
- Ketidakseimbangan badan
- Kekebasan pada seluruh separuh badan
- Pening kepala yang teruk
- Badan gegar atau tersentak.
Untuk mengetahui masalah anda lebih lanjut, anda perlu berjumpa dengan doktor anda sekiranya keadaan ini makin teruk dan berpanjangan ataupun terjadinya simptom-simptom yang disenaraikan di atas. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.