
Sulit
3 tahun
Ibu menyusu bagi 7 bulan
Isteri saya masih menyusu bayi 7 bulan dan telah menerima 1dos vaksin senovac. Didapati anak saya menjadi gatal2 dan tidak selesa. Apakah langkah yg sepatutnya saya lakukan

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Untuk makluman anda, susu ibu tidak akan mengandungi vaksin Covid-19, tetapi hanya antibodi terhadap virus tersebut. Oleh itu, kemungkinan gejala anak anda berpunca daripada vaksin dikhuatiri. Terdapat beberapa punca lain yang boleh menyebabkan gejala kegatalan dan perasaan tidak selesa untuk bayi.
Antaranya :
- Dermatitis
- Alahan
- Eczema
- Jangkitan kuman pada kulit
- Gigitan serangga
Sebaiknya anda merujuk perkara ini kepada doktor untuk mengetahui punca sebenar gejala anak anda. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi doktor pakar kanak-kanak kami secara atas talian.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.