
Sulit
3 tahun
Info tentang kehamilan
Assalamualaikum , doctor sy nak tanye ? Sy nak mintak kepastian shja . Perut sy macam buncit seperti mngandung , tapi sy belum buat ujian kehamilan lagi sbb ny sy ragu² . Perut sy kadang-kadang ade rase sakit perit macam nak period tapi xde pun . Kadang tu bila sy lepas gosok gigi akan nak muntah² . Adalah sy hamil? Atau hanya khayalan sy shja ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami anda mengalami perut buncit dan rasa loya dan ingin mengetahui jika anda hamil. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, tanda-tanda awal kehamilan adalah seperti berikut :
- Haid lewat
- Rasa loya dan muntah
- Perubahan payudara dan puting
- Pendarahan spotting (implantasi)
- Kekejangan otot perut seperti sengugut
- Perut buncit
Kemungkinan anda telah hamil, tetapi kami tidak dapat memberikan anda kepastian kerana simptom anda juga boleh disebabkan oleh masalah pada sistem penghadaman makanan. Oleh itu, anda disarankan untuk mengambil ujian kehamilan selepas 10 hari dari tarikh haid terlepas anda untuk mengetahui sama ada anda hamil atau tidak. Anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian untuk sebarang pertanyaan lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.