
Sulit
4 tahun
Ingin mengandung lagi setelah BTL
Saya wanita berusia 34 tahun. Saya baru saja melahirkan anak ke 4 secara pembedahan pada 24 Jun 2019. Selepas melahirkan anak ke 4, saya terus BTL atas cadangan Doc pakar. Ini kerana saya dah 3 kali melahirkan anak secara pembedahan iaitu anak pertama, anak ke 3 & ke 4. Utk pengetahuan Doc, kesemua anak saya adalah lelaki. Tapi, saya mahukan seorang anak perempuan. Soalan saya. Adakah saya masih boleh mengandung lagi selepas melakukan BTL ? Terima kasih Doc.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, BTL merupakan prosedur yang mengelakkan kehamilan berlaku secara normal. Oleh itu, jawapannya ialah tidak, anda tidak boleh mengandung selepas BTL. Anda juga tidak digalakkan untuk mengandung lagi kerana risiko untuk pendarahan dan masalah kehamilan lain adalah amat tinggi setelah 3 kali anda menjalani pembedahan C-section.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.